Seminar

Seminar


SEMINAR ANTARABANGSA TANAH ADAT (SeADAT2016)

pada 25 April 2016, Kursi Syariah dan Undang-Undang telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Tanah Adat (SeADAT 2016) yang berlangsung pada 25 April 2016 dengan kerjasama Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia.

SeADAT2016 ini adalah usaha yang diambil oleh Kursi Syariah dan Undang-undang, FSU untuk meneruskan kesinambungan penyelidikannya yang bertemakan tanah adat. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selaku sebuah institusi yang bertindak mempromosikan integrasi ilmu naqli dan aqli sentiasa menggalakkan warganya berusaha untuk membahaskan setiap kajian dan permasalahan melalui penyelesaian berasaskan wahyu dan akal yang menjadi teras perkembangan ilmu bagi umat Islam.

Hasrat penganjuran bersama melibatkan Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia merupakan hasil daripada hubungan dua hala antara ahli akademik dari USIM dan UIN SUSKA yang berminat untuk mengadakan kerjasama dalam menjalankan kajian ilmiah serta penyelidikan tanah adat. Pemilihan UIN SUSKA sebagai penganjur bersama seminar ini dilihat amat bersesuaian dengan kedudukan Indonesia yang amat sinonim dengan pengamalan tanah adat terutamanya seperti yang diamalkan masyarakat Minangkabau di sana.

Jalinan hubungan harmoni dan erat antara ilmuan serta para penyelidik dari kedua-dua institusi ini dalam mempromosikan keluasan Islam adalah sangat penting dan perlu diberikan perhatian dalam usaha membangunkan sebuah masyarakat beragama yang bertamadun serta mempunyai nilai-nilai dan adat yang tinggi dan pelbagai.

SeADAT2016 telah menjadi medan pertukaran idea dan pemikiran daripada semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan tanah adat. Bahkan, pertemuan ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih erat dan menggalakkan pertukaran maklumat di antara pihak-pihak dalam bidang ini.

Dari aspek lain pula, penganjuran seminar antarabangsa ini juga secara tidak langsung akan menaikkan nama Malaysia sebagai negara yang menjaga dan memiliki sistem tanah adat yang unik. Ini sudah pasti menguntungkan negara yang amat memerlukan sokongan

dan pengiktirafan yang jitu daripada pelbagai pihak dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh dan pusat kecermerlangan akademik dan penyelidikan di rantau ini.


Ojektif Persidangan

Gambar: Sesi fotografi bersama Governor Pekanbaru, Riau Indonesia dan Rektor UIN-SUSKA yang telah merasmikan seminar SeAdat 2016


Kolokium Tanah Adat Negeri Sembilan

Kolokium Tanah Adat telah diadakan pada 16 Jun 2015 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Kolokium Tanah Adat ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan penyelidik berkaitan dengan kajian Tanah Adat yang dijalankan. Ianya sedikit sebanyak berkenaan pengenalan kepada sistem pentadbiran Negeri Sembilan.

Kolokium Tanah Adat ini di anjurkan sebagai platform terbaik untuk kefahaman yang lebih mendalam berkenaan sistem pentadbiran di Negeri Sembilan. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk kefahaman tentang adat yang di amalkan di Negeri Sembilan ini bersesuaian dengan tajuk Tanah Adat sebagai kajian untuk penyelidikan yang dijalankan ini.

Kolokium Tanah Adat ini akan menampilkan beberapa tokoh terkenal yang arif dalam hal-hal perundangan dan adat istiadat Negeri Sembilan. Antaranya adalah Tuan haji Sulaiman Kadimi dan Prof. Madya Dr. Ainul Jaria Maidin.

Kolokium Tanah Adat ini mengandungi dua tema iaitu Konsep Tanah Adat di Negeri Sembilan dan Undang-undang Sivil dan Syariah berkenaan Tanah Adat di Negeri Sembilan.


Ojektif Program