Penyelidikan

Penyelidikan


Di bawah kerangka aktiviti Kursi, penyelidikan merupakan salah salah satu agenda yang telah dirangka untuk dilaksanakan. Bagi tahun 2015-2016, sebanyak 5 penyelidikan telah dijalankan di bawah Kursi Syariah dan Undang-Undang. Tema penyelidikan pada sesi ini adalah Tanah Adat. Tema ini dipilih dengan persetujuan bersama antara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU). Tanah Adat dipilih berdasarkan kepada kepentingannya di dalam struktur budaya dan peradaban masyarakat di Negeri Sembilan serta isu-isu yang dihadapi oleh pelbagai pihak di dalam pentadbiran dan pengurusan Tanah Adat.

Di dalam rangka penyelidikan tersebut, 5 aspek utama telah dijadikan asas kepada tajuk-tajuk penyelidikan, yang merangkumi aspek sosial, syariah, undang-undang, pembangunan, dan perbandingan serantau.

Gambarajah 5.1: Kerangka Asas Penyelidikan Tanah adat


Tajuk-tajuk penyelidikan di bawah setiap aspek tersebut adalah seperti berikut:

Impak Penyelidikan Kursi Ke Atas Negeri Sembilan

–  Secara umumnya, semua kajian yang dijalankan di bawah Kursi Syariah dan Undang-Undang adalah untuk mencapai objektif memelihara budaya dan warisan masyarakat di negeri sembilan.

–  Negeri Sembilan telah terkenal dengan Adat Perpatih. Penyelidikan Tanah Adat mampu menjadi pemangkin kepada aspek pemeliharaan tersebut

–  Masyarakat perlu faham kepada maksud dan perincian peraturan berkaitan Adat bagi tujuan pemuliharaan. Tiada kefahaman bermakna tiada perhargaan seterusnya tiada nilai dan tidak diamalkan.

– Kajian Kefahaman masyarakat telah mencetuskan pandangan umum masyarakat berkaitan Tanah Adat yang merupakan satu komponen utama peraturan Adat Perpatih.

– Peratusan yang maklum berkenaan kewujudan Tanah Adat adalah tinggi, namun peratusan yang mempunyai pengetahuan berkaitan perincian Tanah Adat adalah rendah (rujuk dapatan kajian).

–  Kefahaman tersebut perlu ditingkatkan untuk menjamin pemeliharaan budaya dan warisan berkaitan Tanah Adat.

–  Kajian aspek Undang-Undang berkaitan Tanah Adat telah mengenalpasti kelompangan (gap) di dalam undang-undang tanah yang terpakai di dalam melaksanaan peraturan berkaitan Tanah Adat.

–  Penyelidikan tersebut telah mencadangkan beberapa pelan pindaaan undang-undang yang boleh di lakukan untuk pelaksanaan Tanah Adat yang seterusnya memelihara pelaksanaannya.

–  Pelan pindaan undang-undang yang, sekiranya dipersetujui, akan dilaksanakan nanti dapat memperkasakan pelaksanaan Undang-Undang Tanah Adat di Negeri Sembilan.

–  Pelan pindaan tersebut juga dapat membantu MAINS di dalam mengurus tadbir hal ehwal berkaitan perkara wakaf Tanah Adat.

–  Penjenamaan semula Tanah Adat akan menarik minat pelancong dan penyelidik dari dalam dan luar negara untuk melihat aspek pelaksaan dan pentadbiran Tanah Adat.

–  Rancangan fasa 2 dan fasa 3 Kursi Syariah dan Undang-Undang yang telah dirangka memberi perhatian kepada aspek tersebut.

–  Persepsi dan kefahaman sosial berkaitan Tanah Adat adalah penting bagi membantu pelaksanaan dan seterusnya memelihara peraturan Tanah Adat.

–  Selaras dengan dapatan hasil kajian kefahaman masyarakat di Negeri Sembilan yang dijalankan di bawah Kursi ini, beberapa agenda penyebaran aspek ini telah dirancang dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman.

– Kajian Syariah berkaitan Tanah Adat mendapati undang-undang Tanah Adat tdak bercanggah dengan prinsip Syariah. Namun tiada struktur yang jelas di dalam perlaksanaannya.

–  Pembangunan satu model baharu bagi pelaksanaan undang-undang Tanah Adat, seperti yang di cadangkan oleh penyelidikan aspek Syariah berkaitan Tanah Adat, dapat membantu kerajaan NS dari aspek governan, terutama di peringkat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

–  Selain dari itu, dapatan ini perlu disebarkan kepada masyarakat supaya persepsi yang salah yang beredar dikalangan masyarakat, samada dari dalam Negeri Sembilan atau luar, dapat dibetulkan.

–  Dengan memperluaskan promosi dan sebaran berkenaan kajian Tanah Adat, Kerajaan Negeri Sembilan dan USIM akan menjadi rujukan kepada aspek tersebut dan tidak hanya diperingkat serantau, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

–  Agenda yang perlu dilaksanakan bagi tujuan ini adalah:

o memperbanyakkan penerbitan buku, artikel, bacaan umum yang berkaitan dengan Tanah Adat, di dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Arab

o  menerbitkan dokumentari Tanah Adat di dalam pelbagai bahasa

o  membina Galeri Tanah Adat di Negeri Sembilan yang berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu dan penyelidikan.